Cenderahati perkahwinan yang eksklusif adalah cara terbaik untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan anda.Ianya memainkan peranan penting agar tetamu memperingati majlis perkahwinan anda yang merupakan hari paling bersejarah buat anda. Ia juga memainkan peranan sebagai cenderahati penghargaan bagi individu yang hadir ke majlis untuk berkongsi saat eksklusif itu bersama anda.

Cenderahati perkahwinan haruslah lebih  praktikal  kerana  tetamu anda boleh menyimpan atau menggunakannnya semula di rumah, pejabat atau juga di kereta. Cenderahati yang mengandungi makanan juga adalah bonus kepada tetamu anda.

Cara terbaik untuk memilih cenderahati perkahwinan adalah ianya bercirikan anda dan anda juga sendiri teruja menerimanya.Oleh itu di MOHARA terdapat beberapa jenis cenderahati yang boleh dipilih bagi meraikan majlis eksklusif anda.       

Cenderahati tas tangan yang direka khas ini dapat mencetuskan suasana romantic dan eksklufsif untuk sebarang majlis tidak kira perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan banyak lagi.